Pendahuluan
Perkhidmatan telekomunikasi mula diperkenalkan di Brunei
Darussalam seawal-awalnya dalam tahun 1920an apabila litar telegrap
antarabangsa yang berbentuk wireless telah digunakan untuk
menghubungkan Brunei Darussalam dan Labuan. Di tahun 1924, litar
telefon kebangsaan yang pertama telah dipasang untuk menghubungkan
Pejabat Residen British ke rumah kediaman beliau.
Pengenalan perkhidmatan telefon adalah titik mula kepada perubahan
yang besar di dalam cara orang ramai berhubungan di negara ini. Mulai
tahun 1930an, perkhidmatan telefon menjadi semakin penting bagi
penduduk Brunei Darussalam teruatama sekali kepada komuniti niaga,
industri minyak dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Jabatan Telekom Brunei (JTB) kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah
jabatan Kerajaan pada tahun 1952. Sebelum itu, perkhidmatan telekom
adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pos dan Telegraf. Semenjak
penubuhan itu, sistem dan infrastruktur telekomunikasi di negara ini
secara beransur-ansur melalui era permodenan. Perubahan tersebut kian
amat ketara setelah Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun
1984.
Hari ini, JTB merupakan salah sebuah daripada enam jabatan di bawah
Kementerian Perhubungan dan menyediakan kepelbagaian perkhidmatan
domestik dan antarabangsa bagi perkhidmatan hubungan suara, pesanan
dan data. Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi kebangsaan, JTB
adalah komited untuk memainkan peranannya utamanya sebagai pemudahcara
kepada perkembangan infokomunikasi di negara ini.
Sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan penswastaan, fungsi
regulatori JTB kini secara beransur-ansur dipindahkan ke sebuah unit
regulatori di bawah Kementerian Perhubungan.