Peraturan dan Prosedur
Unit Tuntutan
1. Kaunter pembayaran
Ibu Pejabat ,Bangunan Kementerian Perhubungan, dibuka dari jam 8.00 pagi hingga
4.00 petang
Pejabat-pejabat Pos seperti Muara,Salambigar,Pusat Pemprosesan Mail Old Airport,
Sengkurong,Seri Kompleks Jln Tutong.
Cek boleh digunakan untuk membayar bagi lebih daripada satu bil dan tidak lebih daripada
50 bil.
2. Kaunter pertanyaan
Bil cetak semula.
Pertanyaan atau aduan.
Penjualan Kad "Hallo" dan "Phonecard".
3. Resit
Resit asal bagi pengembalian balik wang adalah perlu.
Jika pelanggan kehilangan resit, ianya hendaklah dilaporkan kepada polis dan meminta
laporannya. Kemudian laporan tersebut hendaklah dibawa kemahkamah dimana akan mengeluarkan
dokumen mahkamah dan laporan polis keJTB.
Jika tidak ada lagi baki bil, resit akan dibayar balik dengan jumlah penuh setelah
perkhidmatan telah diberhentikan.
Jika masih ada baki bil dan perkhidmatannya telah ditamatkan resit tersebut akan
digunakan untuk melunaskan baki yang belum berbayar dan bakinya akan dikembalikan.
Pelanggan boleh mengambil cek bagi wang yang atelah dikembalikan diKementerian Kewangan
atau dipindahkan kedalam akaun bank mereka(dalam atau luar negeri)
Jika pelanggan memasang telefon baru, resit terdahulu boleh digunakan sebagai resit
yang baru.Sila bawa resit yang terdahulu keunit tuntutan.
4. Cek tendang
Pelanggan akan diberitahu jika ceknya tendang samada melalui telefon atau persuratan.
Jika pelanggan gagal untuk melunaskan dengan cek dalam tempoh dua minggu selepas
tarikh pemberitahuan, jumlah cek berkenaan akan dimasukkan balik ke akaun. Bayaran
pentadbiran $50 akan dikenakan.
Pelanggan boleh melunaskan bayaran melalui tunai dengan cek atau mengeluarkan cek
baru.
5. Bayaran Pentadbiran bagi Lambat Bayaran
2% akan dikenakan jika bil terlambat bayar seperti yang telah ditetapkan.
Tarikh tempoh bayaran dicetak didalam bil.
Bayaran yang dikenakan ini adalah untuk perkhidmatan yang aktif sahaja.
Unit Kawalan Kredit
1. Talian diputuskan sementara
JTB akan memutus talian sementara jika tidak ada bayaran diterima mengikut tarikh
tempohnya dan tidak ada notis diterima oleh Unit Kawalan Kredit.
Akan menyambungkan semula talian, $10 bayaran akan dikenakan dan pelanggan hendaklah
membayar dengan penuh atau secara ansur mengikut panduan cara bayaran
ansur JTB.
Jika pelanggan gagal untuk membayar bil selepas tiga bulan dari tarikh talian diputuskan
sementara, perkhidmatan akan terus tidak disambungkan. Sewa dalam tiga bulan tersebut
akan tetap dikenakan.
Penyambungan semula selepas tidak disambungkan perkhidmatannya akan dianggap sebagai
pemasangan baru.
2. Bayaran secara ansur
Jumlah yang patut dibayar dianggap sebagai panduan bayaran ansur.