The Government of Brunei Darussalam

Jabatan Telekom... Biskita Kami Dulukan...

            

                       

 

 

 

 

        

Perkhidmatan-Perkhidmatan

Data Plus

Data Plus
adalah nama singkatan bagi perkhidmatan penggunaan Talian Data Paket. Ia menyediakan sebuah rangkaian awam biasa untuk kegunaan secara serentak oleh beberapa pengguna-pengguna terminal-terminal dan komputer, serta untuk memudahkan perhubungan di antara pelbagai jenis alat-alat komunikasi.

HUBUNGAN KE DATA PLUS

Untuk disambungkan ke DATA PLUS, awda memerlukan berikut:

Sambungan Talian
Laluan khas yang disambung secara tetap ke port memberikan laluan secara serta merta bila-bila masa melalui talian khas, atau

Mendail melalui Rangkaian Suis Telefon Awam (PSTN) dengan menggunakan talian telefon, atau Laluan teleks dengan memanggil laluan port telex.

Modem
Modem tetap dipasang untuk laluan tetap manakala modem dail dipasang untuk laluan secara mendail oleh pengguna. Senarai jenis-jenis modem yang diluluskan bagi kedua-dua modem tersebut yang diluluskan oleh Jabatan ini bolehlah didapati bersama-sama dengan borang permohonan. Pelanggan hendaklah menyediakan modem-modem yang diperlukan demi mengatasi masalah ketidaksesuaian.

Software Perhubungan
Terminal-terminal pengguna hendaklah dilengkapi dengan software perhubungan yang diperlukan

Bagi mengadakan Panggilan
Kod laluan secara mendail dari pengguna paket kepada pengguna paket yang lain di dalam Data Plus ialah "2x xxxx".
Kod laluan secara mendail dari pengguna paket di dalam Data Plus kepada pengguna paket antarabangsa yang lain ialah "0" diikuti dengan Kod Pengenalan Rangkaian Data dan Nombor pengguna yang memanggil

PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapatkan dari Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan Pelanggan JTB. Pemohon dikehendaki untuk menandatangani perjanjian kontrak dengan JTB.

Kembali ke Perkhidmatan-Perkhidmatan

                                                                                                         

 

 


|| Pendahuluan | Visi, Misi & Fungsi | Carta Organisasi | Panduan Telefon Dalaman | Akta-Akta Telekomunikasi | Program & Strategi Pembangunan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Barangan | Peraturan & Prosedur | Tarif & Kod-Kod IDD | Borang-Borang | Perkhidmatan On-Line | Perhubungan | Maklum Balas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||